Kredit: TikTok @dearmakeuplover

Pengguna CIMB Ramai Tak Tahu, Ini Cara Nak Tebus Baucar Guna Mata Ganjaran CIMB Clicks

Eyla Azri

Mesti ramai daripada kita yang familiar dengan perbankan internet, baik laman web mahupun aplikasi. Sistem perbankan internet menjadi pilihan ramai untuk melakukan transaksi kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

Kerana penggunaan sistem perbankan internet yang semakin meluas, kebanyakan bank menyediakan pelbagai ganjaran untuk para pengguna. CIMB juga tidak terkecuali.

Bagi pemegang akaun bank CIMB, sistem perbankan internet CIMB Clicks mungkin sudah tidak asing lagi. Tapi korang tahu tak, mata ganjaran yang korang dapat lepas buat transaksi di CIMB Clicks ni boleh tebus macam-macam voucher tau.

Berita baik untuk pengguna CIMB Clicks yang kaki shopping online, voucher Shopee bernilai RM100 pun korang boleh tebus pakai mata ganjaran ni. Boleh shopping sakan la lepas ni.

Tapi macam mana nak tebus?

Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @dearmakeuplover, daripada A sampai Z akak ni ajar macam mana nak tebus voucher guna mata ganjaran CIMB Clicks. Video ini mendapat 901.3 ribu tontonan dan 62.7 ribu sukaan setakat ini.

Jom tengok video di bawah ini dan tebus voucher anda sekarang!

Sumber: TikTok @dearmakeuplover