
Syarikat telekomunikasi Celcom melalui laman web rasmi membuat hebahan berkait kerja-kerja penyelenggaraan dan gangguan rangkaian Celcom bermula tengah malam ini.
Kerja-kerja penyelenggaraan secara berjadual akan berjalan bermula pada jam 12 tengah malam ini dan dijangka selesai pada jam 6 pagi esok.
Oleh sebab itu, sebahagian kawasan di seluruh Malaysia mungkin mengalami gangguan rangkaian sepanjang tempoh penyelenggaraan, terutamanya servis melibatkan panggilan suara dan data.
Bagi pengguna Celcom di negeri Sabah dan Sarawak, servis perkhidmatan suara 4G dan data anda mungkin terkesan dari jam 12.10 tengah malam ini hingga jam 4 pagi, 14 Oktober 2021.

Pihak Celcom turut memaklumkan, sekiranya anda mengalami gangguan pada waktu tersebut, sila aktifkan fungsi ‘Flight Mode‘ dan kemudian mematikannya semula. Ia dapat membantu pengemaskinian rangkaian pada peranti anda.
Sumber: Celcom