
Apabila musim perjalanan hujung tahun kembali, muncul juga dilema biasa rakyat Malaysia. Macam mana nak mengemas pakaian untuk cuaca bawah angka sifar kalau seumur hidup hanya kenal panas lembap?
Dari jalanan sibuk Seoul hingga bandar ski di Hokkaido, percutian musim sejuk kembali, dan begitu juga cabaran untuk kekal hangat tanpa perlu memakai lapisan pakaian yang terlalu banyak sampai susah bergerak.
Jawapan moden untuk pengembara hari ini terletak pada inovasi kain yang ringan tetapi direka khas untuk fungsi maksimum.

Contohnya, HEATTECH Extra Warm Cashmere Blend yang menjana haba daripada kelembapan badan, serta jaket PUFFTECH yang senipis dan seringan telefon pintar, namun dicipta untuk memastikan badan kekal hangat ketika melalui lapangan terbang dan jalan bersalji.
Perubahan ke arah “intelligent layering” ini menandakan era baharu dalam pakaian travel. HEATTECH, sebagai contoh, adalah satu revolusi senyap dalam gaya pemakaian musim sejuk.
Dibangunkan melalui kejuruteraan tekstil Jepun yang maju, fabrik ini menukar kelembapan menjadi haba, menghasilkan keseimbangan antara penebatan dan pengudaraan.
Ia cukup nipis untuk dipakai di bawah blazer yang ketat, namun cukup berkuasa untuk mengekalkan kehangatan ketika berjalan di bandar yang sejuk.

Berikut perinciannya:
Penyerapan kelembapan – Apabila badan melepaskan wap air secara semula jadi, gentian polimer direka khas dalam HEATTECH menyerap kelembapan tersebut.
Penukaran kepada haba – Tenaga kinetik molekul wap air ditukar menjadi haba, sekali gus menghasilkan kehangatan semula jadi.
Pengekalan haba – Benang mikro-akrilik yang hanya satu per sepuluh ketebalan rambut manusia mewujudkan poket udara penebat yang memerangkap haba sambil menghalang ia keluar.
Untuk melengkapkannya, PUFFTECH daripada UNIQLO membawa penebatan ke tahap seterusnya dengan teknologi tekstil terkini dari Jepun.
Gentian sintetik yang direka khas ini meniru struktur bulu semula jadi, mewujudkan poket udara berlapis-lapis yang memerangkap haba dengan cekap sambil memberikan tahap penebatan dan pengekalan haba yang tinggi.

Cepat kering dan tahan lasak, jaket PUFFTECH memberi kehangatan unggul tanpa menghalang pergerakan, pilihan ideal untuk pengembaraan musim sejuk.
Dibangunkan bersama Toray Industries dari Jepun, PUFFTECH mewakili generasi baharu penebat sintetik yang direka untuk kehangatan tanpa berat.

Lapisannya menggunakan dua jenis gentian berongga ultra-halus, hanya satu perlima ketebalan rambut manusia, yang menghasilkan lapisan udara berganda bagi memerangkap haba secara efisien.
Bentuk seakan spring pada setiap helai gentian menambah isian dan kelembutan, membantu mengekalkan lebih banyak haba sambil memastikan material kekal ringan dan fleksibel.

Tidak seperti lapisan padding tradisional yang rata, struktur gentian berbentuk bebola PUFFTECH memerangkap udara dengan lebih berkesan dan mengurangkan risiko serakan isian, menjadikan teksturnya kekal licin lebih lama.
Jaket PUFFTECH boleh dilipat masuk dalam beg kabin dan sedia dipakai untuk udara pergunungan atau berjalan malam di Shinjuku dengan rasa yang lembut, ringan, dan hangat secara konsisten, direka untuk bergerak lancar dari kelembapan tropika ke jalanan musim sejuk di luar negara.

Senarai Produk UNIQLO HEATTECH
Ditawarkan dalam tiga tahap penebatan, HEATTECH membolehkan pengembara kekal hangat dalam pelbagai suhu. Antara sorotan utama ialah Extra Warm Cashmere Blend top dan Warm Lined Pants, yang direka untuk menjana serta mengekalkan haba badan dengan efisien sambil kekal ringan dan mudah dipadankan dengan lapisan lain.


Anda boleh kunjungi di website:
UNIQLO HEATTECH – https://www.uniqlo.com/my/en/women/heattech
UNIQLO PUFFTECH – https://www.uniqlo.com/my/en/women/outerwear/ultra-light-down?path=%2C%2C34680