KUALA LUMPUR – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa pihaknya akan memberikan pengecualian bayaran bil bagi bulan Januari kepada pelanggan akaun domestiknya (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir pada baru-baru ini.
Menurut Ketua Komunikasi Korporatnya, Elina Basri, keputusan untuk memberikan pengecualian bayaran bil air tersebut merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh kerajaan negeri Selangor.
Selain itu, Air Selangor turut memanjangkan pengecualian bayaran bil air itu kepada pelanggan akaun domestik yang terkesan di Kuala Lumpur.
Disamping itu, pihaknya juga memahami kesulitan yang sedang dialami oleh pelanggan yang terkesan dengan bencana banjir tersebut. Pihaknya turut berharap agar bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.
Sumber: Malaysia Gazette