Pengasas Restoran Mohd Chan, Muhammad Chan Abdullah Meninggal Dunia
Pengasas dan pemilik kepada rangkaian Restoran Mohd Chan, Datuk Dr Muhammad Chan Abdullah dilapor meninggal dunia kira-kira 7.09 malam pada Rabu.
Berita dukacita itu turut disahkan menerusi kenyataan Mohd Chan Malaysia di laman Facebook.
Bagaimanapun, punca kematian penyanyi itu tidak didedahkan.
Sementara itu jenazah Allahyarham akan dimandi dan dikafankan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail bermula 9 pagi pada Khamis.
Menerusi hantaran lagi, jenazah kemudiannya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Bukit Kiara 2 selepas zohor.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan diampunkan segala dosa, diterima segala amal ibadah serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” kata hantaran itu.
Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengucapkan salam tazkiah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman, diampunkan segala dosa dan diberi ganjaran syurga.
“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun. Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fuanhu. Al-fatihah. Salam takziah buat keluarga beliau,” komen seorang wargamaya.
“Innalillahiwainnailahirojiun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Haji Muhammad Chan bin Abdullah & semoga ditempatkan dengan orang-orang beriman. Semoga keluarga Haji bertabah,” komen seorang lagi wargamaya.

Sumber: Mohd Chan Malaysia via Facebook