
Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank Bhd Tan Sri Teh Hong Piow dilapor meninggal dunia pada usia 92 tahun pada 10.20 pagi hari ini.
Berita itu dimaklumkan dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Public Bank seperti yang dilapor Bernama.
“Pemergian Hong Piow adalah satu kehilangan besar kepada Kumpulan Public Bank.
“Bagi pihak lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan Kumpulan Public Bank, kami menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Hong Piow,” kata kenyataan itu.

Hong Piow mengasaskan Public Bank pada tahun 1965 pada usia 35 tahun. Pada ketika itu beliau telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Public Bank sejak memulakan operasi perniagaannya pada 6 Ogos 1966.
Pada 1 Julai 2022, beliau telah melepaskan jawatan CEO dan dilantik semula sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Public Bank sebelum bersara pada 1 Disember 2018.
Beliau juga dianugerahkan gelaran Pengerusi Emeritus dan Penasihat Public Bank pada 1 Januari 2019 dan kekal sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dalam Lembaga Pengarah Public Bank.
Sumber: BERNAMA