Polis Bahamas dilapor menahan pengasas platform pertukaran matawang kripto, FTX yang telang muflis, Sam Bankman-Fried, kata peguam negara tersebut.
Memetik laporan BBC, pihak berkuasa Bahamas menerima notifikasi rasmi daripada Amerika Syarikat (AS) mengenai tuduhan jenayah yang dikenakan terhadap lelaki tersebut.
“Pada awal petang ini, pihak berkuasa Bahamas telah menahan Samuel Bankman-Fried atas permintaan daripada kerajaan, berdasarkan dakwaan tertutup yang difailkan oleh SDNY .
“Kami menjangkakan akan bergerak untuk membuka surat dakwaan pada pagi ini dan akan ia mempunyai lebih banyak perkara untuk diperkatakan pada masa itu,” pejabat Peguam Negara AS di Manhattan berkata dalam satu ciapannya.
Justeru, dalam beberapa siri temu bual dan penampilannya di khalayak umum buat beberapa minggu ini, Bankman-Fried telah mengakui bahawa terdapat beberapa kesilapan telah dilakukan di firma itu tetapi dia berusaha menjauhkan diri daripada sebarang pertuduhan aktiviti haram.
“Saya tidak pernah cuba melakukan penipuan,” katanya ketika Sidang Kemuncak Sidang Kemuncak Dealbook, New York Times pada akhir bulan lepas.
Sebelum ini, FTX memfailkan perlindungan muflis pada 11 November dalam salah satu kejatuhan pertukaran mata wang kripto berprofil tinggi selepas pengguna mengeluarkan USD 6 bilion (RM26.57 bilion) daripada platform tersebut dalam tiga hari dan pesaingnya, Binance telah membatalkan perjanjian untuk menyelamatkan syarikat tersebut.
Ketika itu, ia merupakan platform pertukaran mata wang kripto kedua terbesar di dunia, dengan nilai dagangan sekitar USD 10 bilion (RM44.28 bilion) syiling kripto setiap hari.
Pada masa yang sama, Mr Bankman-Fried turut meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di FTX.
Gambar hiasan | Kredit: BBCMenurut pemfailan mahkamah bulan lepas, FTX berhutang kepada 50 pemiutang terbesarnya dengan nilai hampir USD 3.1 bilion (RM13.73 bilion).
Situasi mata wang kripto pada masa kini
Kejatuhan FTX berlaku semasa industri mata wang kripto mengalami situasi kucar-kacir dalam tahun ini.
Bukan itu sahaja, Bitcoin turut kehilangan lebih daripada 60 peratus nilainya, manakala beberapa nilai mata wang kripto juga turut merosot pada tahun ini.
Bankman-Fried sebelum ini pernah dilihat sebagai versi muda bagi seorang pelabur legenda AS, Warren Buffett, dan baru-baru ini mempunyai nilai bersih kekayaan yang dianggarkan lebih daripada USD 15bilion (RM66.42 bilion) pada akhir Oktober.
Dia turut menjadi terkenal di Washington DC sebagai seorang penderma politik yang sering memberikan sokongan terhadap pencegahan pandemik serta peraturan mata wang kripto yang lebih baik.
Sumber: BBC