SHAH ALAM – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) serta pengasas aplikasi pengangkutan awam e-hailing MyCar, Mohd Noah bin Maideen meninggal dunia pada jam 11:40 pagi tadi.
Allahyarham disahkan meninggal dunia selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh. Jenazah akan dibawa ke Surau Al-Ihsan, Setia Alam untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang pada petang ini.
Sumber: Utusan Malaysia