Nadiem makarim ditahan rasuah
Gambar: Antara

Pengasas Gojek, Nadiem Makarim Ditahan, Terlibat Rasuah Komputer Riba

Iqbal Yasir

Pengasas Gojek, Nadiem Makarim Ditahan, Terlibat Rasuah Komputer Riba

JAKARTA — Bekas Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Nadiem Makarim ditahan selepas beliau menjadi suspek kes rasuah berhubung laptop projek pembelian komputer riba Google Chromebook pada tahun 2019 hingga 2022, lapor ANTARA.

Pengumuman itu dilakukan oleh Direktur Penyidikan Jaksa Agung Muda Bidang Tindak Pidana Khusus (Jampidsus), Nurcahyo Jungkung Madyo, pada sidang media di Gedung Jampidsus Kejagung, Jakarta, semalam.

Susulan itu, Pejabat Peguam Negara Indonesia (AGO) mengesahkan Nadiem yang juga pengasas bersama Gojek akan direman selama 20 hari untuk siasatan lanjut.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan dan bukti yang ada, kami menetapkan terhadap Nadiem Makarim,” katanya.

Katanya, siasatan mendapati Nadiem, ketika memegang jawatan sebagai menteri pada tahun 2020, merancang penggunaan produk Google dalam menyalahgunakan kuasa teknologi maklumat dan komunikasi (TIK).

Penahanan Nadiem ini menjadikan lima orang yang disangka terlibat dalam kes berkenaan.

Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara Indonesia telah menetapkan empat orang dipercayai terlibat dalam menyalahgunakan kuasa itu sepanjang 2019 hingga 2022.

Sumber: ANTARA News

BACA: Satu Kampung ‘Bergelap’, Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara-Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan

BACA: Dua Kanak-Kanak Lemas: Polis Tahan Lelaki Dan Wanita Beri Keterangan Meragukan

BACA: Kereta Tergelongsor Ke Dalam Sungai, Dua Beradik Maut