Kredit: Rodzi Rosly

Pengasas Azmy Burger, Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Athirah

Pengasas Azmy Burger, Azmy Bin Sanusi Meninggal Dunia

Pengasas dan pemilik kepada Azmy Burger, Haji Azmy Bin Sanusi dilapor meninggal dunia pada usia 68 tahun semalam.

Menerusi hantaran Rodzi Rosly di Facebook, Allahyarham menghembuskan nafas akibat penyakit kencing manis kira-kira jam 4.10 pagi.

“Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa & ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah,” ujar hantaran lagi.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya mengucapkan salam tazkiah dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman, diampunkan segala dosa dan diberi ganjaran syurga.

“Innalillahiwainnailaihirojiunnn. Salam takziah buat keluarga yang ditinggalkan,” komen seorang wargamaya.

“Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Amin,” komen seorang lagi wargamaya.

https://www.facebook.com/share/p/1BaoayhaE5/

BACA: Ini Sebab Utama Kenapa Air Paip Tidak Sesuai Digunakan Sebagai “Coolant”

Sumber: Rodzi Rosly via Facebook