
Pengarah Drama, Tony Francis Gitom Meninggal Dunia
Pengarah dan penggiat seni terkenal Sabah, Tony Francis Gitom dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita duka pemergiannya dikongsikan oleh Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menerusi satu hantar di Facebook rasmi. Menurut FDAM, mendiang menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Khamis di Hospital Queen Elizabeth 1.
Pemergian mendiang yang merupakan pengarah berpengalaman dan tokoh industri kreatif tanah air adalah satu kerugian besar dalam industri seni.
“Mendiang merupakan pengarah kelahiran Penampang, Sabah, yang telah mencurahkan khidmat bakti selama bertahun-tahun dalam industri drama dan filem tempatan.
“Beliau dikenali sebagai pengarah, penulis skrip dan editor yang prolifik, dengan sumbangan karya merentas generasi termasuk drama bersiri popular era 1990-an serta filem layar perak yang memperkayakan landskap perfileman Malaysia.
“Selain menghasilkan karya bermutu, Mendiang turut komited dalam membangunkan bakat serta industri skrin di Sabah.
“Peranan beliau sebagai rujukan dan mentor kepada penggiat seni muda menjadikan Mendiang seorang tokoh yang dihormati dan disegani dalam kalangan warga industri,” tulis FDAM.
BACA: Pelakon Gerak Khas, Daddy Rock Meninggal Dunia Pagi Tadi
Sumber: FDAM