
Seorang pereka fesyen terkenal, pengasas Off-White dan juga pengarah Louis Vuitton’s (LV), Virgil Abloh meninggal dunia pada usia 41 tahun di Chicago, Amerika Syarikat, Ahad semalam. Banyak karya Abloh membawa idea perjuangan untuk kesaksamaan, terutamanya untuk orang kulit hitam.
Berita tentang kematian Abloh dikongsikan dan dimuat naik di akaun instagram LVMH. “LVMH, Louis Vuitton dan Off White berduka cita untuk mengumumkan pemergian Virgil Abloh, pada hari Ahad, 28 November, akibat kanser yang telah dihidapi secara peribadi selama beberapa tahun.
Abloh dilahirkan di Rockford, Illinois, Amerika Syarikat pada 30 September 1980. Tidak seperti pereka lain, Abloh tidak memulakan kerjayanya dari sekolah reka bentuk. Beliau menerima ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan awam di Universiti Wisconsin Madison. Selepas itu, Abloh menyambung pelajarannya di jabatan seni bina di Institut Teknologi Illinois.
Abloh telah bekerjasama dengan ramai bintang dan label terkenal. Pada tahun 2017, Abloh telah bekerjasama dengan Nike untuk mereka membentuk semula 10 kasut popular.
Pada tahun 2019, Abloh didiagnosis menghidap kanser jantung agresif yang dipanggil angiosarcoma jantung. Penyakit ini membuatkan beliau terpaksa berehat dari dunia fesyen dan menjalani beberapa rawatan. Perjuangan Abloh dengan kanser terpaksa dihentikan selepas penyakit ini meragut nyawanya. Bagaimanapun, idea, karya dan perjuangan Abloh dalam dunia fesyen akan sentiasa diingati
Sumber: Instagram, CNN Indonesia