Tandatangan 'Lesen' Benarkan Bakal Suami Main Kriket
Kredit MSN

Pengantin Perempuan ‘Dipaksa’ Tandatangan ‘Lesen’ Benarkan Bakal Suami Main Kriket Lepas Kahwin

Syed Faisal Sayed Muhammad

Pengantin Perempuan ‘Dipaksa’ Tandatangan ‘Lesen’ Benarkan Bakal Suami Main Kriket Lepas Kahwin

Seorang pengantin lelaki di Tamil Nadu dilapor menyediakan kontrak yang membenarkan dia untuk bermain kriket bersama kawan-kawannya setiap hujung minggu untuk ditandatangani oleh bakal isterinya.

Pengantin lelaki yang bernama Hariprasad yang merupakan seorang profesor di sebuah kolej swasta di Theni, Tamil Nadu telah berkahwin dengan seorang wanita bernama Pooja.

Isi kontrak itu menyatakan bahawa pengantin perempuan perlu membenarkan pengantin lelaki tersebut untuk bermain kriket setiap hujung minggu bersama kawan-kawannya.

Kawan-kawan pengantin lelaki telah membawa surat perjanjian lengkap dengan setem dan meminta pengantin wanita menandatanganinya sebelum melakukan ikatan perkahwinan.

Pooja yang mendapati ianya lucu terhibur dengan apa yang tertulis di atas surat tersebut.

“Saya Pooja, dengan ini membenarkan Hariprasad bermain kriket pada hari Sabtu dan Ahad untuk pasukan Kriket SuperStar,” tulis dalam surat itu.

Pengantin perempuan tidak berfikir panjang dan dia terus menandatanganinya. Difahamkan bahawa, pengantin lelaki adalah seorang pemain kriket.

Kawan-kawannya yang mengetahui minatnya terhadap sukan kriket itu ingin memastikan bahawa Hariprasad masih boleh bermain permainan tersebut walaupun sudah berkahwin.

Idea terakhir telah mendorong mereka untuk membawa kontrak untuk ditandangani oleh pengantin perempuan. Pengantin perempuan menerima dengan baik idea tersebut.

Tidak lama selepas menandatangani dokumen itu, pasangan pengantin juga telah bergambar bersama dengan kontrak tersebut.

Sumber: Times Now News

Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang