
Pengantin Perempuan Bertuah Terima Jambangan Duit Beserta ‘Sebiji’ Kereta Honda Sebagai Hantaran
Tular di media sosial Indonesia berkenaan pemberian hadiah daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang berupa dua jambangan duit gergasi beserta sebiji kereta.
Detik penyerahan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @riyanputramadura pada 2 Mei lalu.
Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat rombongan pengantin lelaki telah membawa dua jambak duit bersaiz gergasi. Selain itu, pemberian itu juga berserta dengan sebuah kereta jenis Honda.
“Penyerahan daripada besan,” tulis muat naik perkongsian lelaki tersebut.
Sementara itu, menerusi temu bual Wolipop bersama bapa kepada pengantin lelaki berkata bahawa, majlis itu diraikan untuk anak lelakinya. Majlis perkahwinan bagi pengantin yang bernama Wahyu dan Nita.
Majlis penyerahan tersebut dilaporkan berlangsung di Desa Rongsong, Kecamatan, Kabupaten, Indonesia.

Menurut Riyan, perarakan perkahwinan tersebut didakwa hampir mencecah 1 bilion Rupiah (RM312,000). Mas kahwin itu dikatakan berjumlah 300 juta Rupiah (RM93,000), manakala kereta berkenaan sekitar 400 juta Rupiah (RM124,000).

Selain itu, pengantin perempuan juga turut diberi perabot rumah yang terbuat daripada kayu jati berjumlah 250 juta Rupiah (RM78,000).
Tambah Riyan, dia sengaja membuat majlis resepsi perkahwinan yang mewah semata-mata mahu menggembirakan anak mereka. Kerana menurut mereka, istiadat perkahwinan adalah sekali seumur hidup.
“Ya, perkahwinan anak saya semalam viral di TikTok yang berlangsung di Sumenep. Hadiah wang tunai ratusan juta, kereta baharu, barangan rumah dan barang kemas,” kata Riyan bapa pengantin lelaki.
Riyan yang berkopiah dan berbaju batik berlengan panjang dalam video tersebut mendedahkan sebab utama meraikan majlis mewah tersebut.
“Ya, sebab itu momen penting. Jadi sekali seumur hidup. Orang Madura memang macam ini. Berjuang untuk anak mereka bahagia,” sambung Riyan.
BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu
Sementara itu, majlis perkahwinan itu dipercayai telah diadakan pada 1 Mei yang lalu di Pulau Sapudi, empat jam perjalanan dari kota Sumenep.
Masyarakat setempat di tempat tersebut dikatakan sering mengadakan majlis perkahwinan yang mewah dan menarik.
Sumber: Wolipop, TikTok via @riyanputramadura