Seramai lebih 30 orang tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan telah disahkan dijangkiti wabak Covid-19 termasuklah seorang ibu mengandung dan seorang ahli parlimen.
Majlis yang dihadiri seramai 140 orang tetamu itu berlangsung di Tumbling Waters Retreat, Sydney di Australia pada 6 Mac lalu.
Malang tidak berbau, selepas 14 hari majlis tersebut sebanyak 31 kes telah dikaitkan dengan majlis perkahwinan tersebut.
Pasangan pengantin mengetahui bahawa dua tetamu mereka telah disahkan positif Covid-19 ketika mereka berada di Maldives untuk berbulan madu.
Timbul rasa bimbang oleh wanita hamil tersebut kerana kemungkinan besar anak-anaknya juga dijangkiti wabak tersebut. Dia ada menulis di laman Instagramnya tentang sesiapa yang mendekati atau berhubung dengannya semasa majlis tersebut, diminta untuk hubunginya.
Bagaimanapun, kesemua para tetamu majlis perkahwinan tersebut dalam menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
Menurut Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata, beliau telah memperkenalkan peraturan baru iaitu menetapkan jarak sosial bagi menangani wabak Covid-19 daripada ia tular.
Sumber: Dailystar
Resepi Sup Tauhu Telur