Gambar: Bernama

Penganjur, Peserta Perhimpunan ‘Keluar Dan #Lawan’ Jelas Langgar SOP PPN – KPN

syafiq halim

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima lebih 20 laporan polis mengenai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ yang diadakan semalam.

Menurut Kenyataan Media Ketua Polis Negara, pihak polis telah beberapa kali memberi peringatan supaya semua pihak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi keselamatan orang ramai.

Dalam pada itu, kenyataan itu juga mengatakan bahawa penganjur, peserta perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ jelas telah melanggar SOP PPN.

Seramai 29 individu dikenal pasti dan akan dipanggil mengambil keterangan untuk membantu siasatan.

Sumber: PDRM, Bernama