Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Yaakob berkata bahawa penganjur digesa memulangkan keseluruhan deposit kepada peniaga bazar berikutan arahan pembatalan bazar Ramadan pada tahun ini.
“Saya harap jangan ada sesiapa pun yang mengambil kesempatan daripada kesusahan orang lain.
“Kerajaan telah membuat keputusan agar bazar Ramadan tidak dibuka, jadi saya berharap pulangkan keseluruhan deposit atau bayaran yang telah dibuat,” katanya.
Sumber: Majlis Keselamatan Negara