penganjur perlu berwaspada abim
Kredit: Bernama

Penganjur Acara Perlu Waspada – ABIM

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Penganjur Acara Perlu Berwaspada – ABIM

MELAKA, 31 Mei (Bernama) — Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Melaka menggesa penganjur program acara agar berwaspada insiden yang bercanggah dengan norma dan budaya masyarakat setempat tidak berulang.

Yang Dipertuanya Dr Mohd Nurishaq Mohd Fauzi berkata ia susulan satu hantaran video tular di media sosial berkait seorang individu mempamerkan aksi bersifat sensual dan tidak sopan di hadapan pengunjung yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak.

Beliau berkata ABIM Melaka mengecam sekeras-kerasnya tindakan penganjur yang membiarkan aksi kurang senonoh ketika penganjuran satu festival di Melaka, baru-baru ini.

“Insiden sebegini memberikan imej buruk kepada Melaka dan bertentangan dengan norma masyarakat setempat, ia juga meruntuhkan nilai hormat dan keyakinan yang menjadi teras pembinaan Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya, ABIM Melaka juga menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sewajarnya berhubung kejadian itu sebagai satu bentuk pengajaran kepada pihak terlibat.

Semalam, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil dilaporkan meminta mana-mana penganjur yang mahu menganjurkan sebarang acara di negeri itu agar mewujudkan garis panduan tersendiri bagi mengelak perlakuan kurang senonoh daripada peserta ketika acara berlangsung.

Beliau dipetik sebagai berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.

BACA: Nak “Aircond” Kereta Sentiasa Sejuk? Ini 3 Benda Yang Perlu Dijaga

Sumber: Bernama