Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa pengamal media yang bertugas membuat laporan berita diminta supaya mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM.
Menurutnya, telah timbul satu isu semalam dimana pengamal media yang datang terlalu ramai berhimpit-himpit dan jelas tidak mengamalkan penjarakan sosial.
Justeru, beliau memohon kepada pengamal media supaya mematuhi setiap SOP yang dikeluarkan termasuklah penjarakan sosial.
Sumber: Bernama