Semalam, tular rakaman seorang lelaki yang bertindak menampar seorang pemandu wanita di Jalan Dato Keramat kerana berang dengan tindakan wanita tersebut yang didakwa tidak memberikan lampu isyarat untuk memasuki simpang jalan.
Sudah jelas adalah satu kesalahan tidak memberikan isyarat sekaligus membahayakan nyawa orang lain namun ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan memukul wanita berkenaan. Rata-rata berkata tindakan memukul tidak wajar sama sekali apatah lagi dilakukan oleh seoarang lelaki terhadap wanita.
Menerima kecaman ramai, isteri kepada individu tersebut tampil meluahkan perasaan melalui laman sosial miliknya. Dia mendakwa sentiasa berada di belakang suaminya biar apa pun pandangan sekeliling. Ikuti perkongsian oleh wanita ini seperti di bawah.

Sumber : Freeda’ Faridah