Penerima Sinovac PERLU Dapatkan ‘Booster’ Sebelum 1 Mac Ini, Kalau Tak Sijil Vaksinasi Kuning Bertukar Putih

Faiz Mustafa

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan bahawa semua warga Malaysia yang berumur 60 tahun dan ke atas atau penerima lengkap dos vaksin Sinovac perlu mengambil suntikan dos penggalak.

Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan media pada hari ini, bagi individu yang berumur 60 tahun ke atas dan penerima vaksin Sinovac 18 tahun ke atas perlu melengkapkan dos penggalak sebelum Mac 2022 ini.

“KKM ingin memaklumkan bahawa semua penduduk usia 60 tahun ke atas atau menerima dos lengkap Sinovac untuk dos primer usia 18 tahun ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak.

“Kalau tidak pada 1 Mac sijil vaksinasi kuning akan jadi putih…hanya bulan Februari saja untuk kekalkan fully vaccinated status kepada semua warga emas tak kira jenis vaksin pertama dan kedua dan semua penerima dewasa Sinovac mesti dapatkan dos penggalak.

“Sekiranya tidak, sijil tu akan tukar warna kepada putih, maknanya status vaksinasi penuh tidak lagi diberikan dan sekatan akan dibuat di pintu masuk tertentu,” katanya dalam sidang media hari ini.