Penerima hati pertama di Malaysia, saudara Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23 disahkan telah meninggal dunia, lapor Awani.
Menurut penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, beliau telah menerima berita berkenaan daripada bapa Allahyarham pada pagi tadi.
Lapor Awani, Mohd Afiq Iqmal yang telah menjalani pembedahan kira-kira 23 tahun lalu disahkan kritikal akibat komplikasi hati sejak 13 Februari lepas.
“Panggilan diterima selepas Subuh ketika saya dalam perjalanan pulang selepas berjemaah di surau berhampiran rumah.
“Sememangnya saya terkejut kerana semalam (Isnin) semasa melawatnya bacaan jantungnya normal, namun kita kena reda,” katanya seperti dilapor Awani.
Jenazah Mohd Afiq kini berada di Unit Forensik Hospital Selayang untuk bedah siasat dan akan dibawa pulang ke Tikam Batu, Kedah untuk dikebumikan pada hari ini.
Sumber: Awani