Penemuan Mayat Hangus Tanpa Kepala Cetus Tanda Tanya, Polis Syak Mangsa Saksi Kes Rasuah
Polis masih menyiasat penemuan mayat hangus dalam keadaan menyedihkan disyaki merupakan penjawat awam Bapenda Kota Semarang yang menjadi saksi dalam satu kes rasuah.
Penemuan mayat itu amat mengejutkan kerana sehingga kini beberapa bahagian badan termasuk kepala masih belum ditemui.
Menurut Detik.com, ketika ditemui pada Khamis lalu, mayat itu hangus sampai tulangnya pun kelihatan. Mayat turut ditemui bersama motosikal miliknya yang juga telah hangus terbakar.
Ketika di lokasi, Ketua Polis Semarang, Kombes Irwan Anwar berkata, mayat itu tidak berada dalam keadaan sempurna kerana kepala, kaki kanan dan dua tangan bermula dari pergelangan telah hilang.
Anjing penghidu telah dikerahkan untuk mencari bahagian badan yang masih hilang. Belum dapat dipastikan sama ada anggota badan yang hilang berpunca daripada jenayah atau faktor semula jadi seperti dimakan haiwan liar.
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polrestabes Semarang, AKBP Donny Lombantoruan berkata, sehingga kini bahagian mayat yang hilang masih belum ditemui.
Menurut Donny, ketika ini proses siasatan kes masih dalam sedang dijalankan. Selain itu, polis masih menunggu keputusan DNA untuk menentukan sama ada mayat itu milik penjawat awam Bappeda Kota Semarang yang hilang sejak 24 Ogos lalu.
“Kami masih memeriksa mayat dan menunggu keputusan ujian DNA,” jelas Donny.
Identiti yang didakwa milik saksi kes rasuah tersebut disyaki kerana nombor pendaftaran plat motosikal hangus itu sama seperti dibawa saksi kes rasuah berkenaan ketika kali terakhir dia pergi. Selain itu terdapat tanda nama seperti nama saksi tersebut dijumpai bersama mayat hangus yang ditemui.
Polis turut menemukan penjenayah yang mungkin terlibat dalam kes tersebut dan siasatan awal mendapati mangsa telah meninggal dunia sebelum dia dibakar.
Sumber: Detik.com
Baca: Lubuk Rahsia Nak Makan Buffet & Spa 5 Bintang Dengan Harga Bajet Di Lembah Klang