
Artifak Mesir yang telah lama hilang ditemui di dalam kotak cerut di Aberdeen dan diharapkan ianya dapat memberi cahaya baru kepada Piramid Besar. Penemuan peluang dibuat oleh seorang anggota staf di University of Aberdeen semasa collection review.
Serpihan kecil kayu berusia 5,000 tahun yang kini hanya tinggal beberapa keping dikatakan “hugely significant”. Jurutera Waynman Dixon pada mulanya menjumpai serpihan kayu tersebut bersama barang-barang di dalam bilik Queens Piramid pada tahun 1872. Potongan cedar yang dipercayai telah digunakan ketika pembinaan piramid disumbangkan ke universiti pada tahun 1946 tetapi kemudian ianya hilang dan tidak dapat ditemukan.
Pembantu kurator Abeer Eladany menjumpainya semasa membuat tinjauan barang-barang yang terdapat di koleksi universiti di Asia. Abeer, yang berasal dari Mesir dan menghabiskan 10 tahun bekerja di Muzium Mesir di Kaherah.
‘Tersembunyi dalam pandangan jelas’
“Setelah saya melihat angka-angka dalam catatan Mesir kami, saya terus mengatahui apakah itu, dan ia telah disembunyikan dengan jelas dalam koleksi yang salah,” katanya. “Saya seorang ahli arkeologi dan telah melakukan kerja-kerja penggalian di Mesir tetapi saya tidak pernah membayangkan bahawa di sini di Scotland timur laut saya akan menemui sesuatu yang sangat penting dalam warisan negara saya sendiri.
“Ini mungkin hanya serpihan kecil kayu, yang sekarang hanya tinggak beberapa kepingan sahaja, tetapi sangat penting dalam memperingati bahawa ia adalah salah satu dari tiga barang yang pernah dapat diperoleh dari dalam Piramid Besar.”
Dua barang lain yang dijumpai oleh Waynman Dixon adalam sebiji bola dan mata kail yang kini disimpan di British Museum, tetapi kayu itu hilang. “Koleksi universiti sangat banyak, berjumlah ratusan ribu jadi untuk mencarinya seperti mencari jarum di tumpukan jerami,” tambah Abeer. “Saya seperti tidak mempercayainya ketika menyedari serpihan kayu tersebut berada di dalam tin cerut yang tidak berbahaya itu.”
Sekatan Covid melambatkan penentuan serpihan cedar yang ditemui semula itu. Namun, hasilnya baru-baru ini telah dikembalikan dan menunjukkan bahawa kayu tersebut telah ditanggalkan di antara tahun 3341-3094 SM.
Hal ini dikatakan menyokong teori bahawa, tidak kira apakah kegunaannya, namun kayu atau dipanggil Dixon Relics tersebut adalah asli dari pembinaan Piramid Besar dan bukan artifak yang ditinggalkan kemudiannya oleh mereka yang menjelajahi ruang tersebut.
Neil Curtis, ketua muzium dan koleksi khas di University of Aberdeen, berkata, “penemuan Dixon Relic yang hilang adalah perkara yang menegejutkan tetapi dating carbon juga telah menjadi satu penyataan. Ianya lebih tua daripada yang kami bayangkan”.
“Ini mungkin kerana tarikhnya berkaitan dengan usia kayu tersebut dan mungkin dari sumber pokok yang memiliki jangka hayat panjang dan tahan lama. Sebagai alternatif, ia mungkin disebabkan oleh jarang terdapat pokok di Mesir kuno, yang bermaksud bahawa kayu langka, berharga dan dikitar semula atau dijaga selama bertahun-tahun. ”
Beliau menambah “Sekarang para sarjana akan memperdebatkan penggunaannya dan apakah ianay sengaja disimpan, seperti yang berlaku kerajaan baru ditubuhkan, ketika firaun berusaha menekankan kesinambungan dengan masa lalu dengan membawa barang-barang antik dan dikuburkan bersama mereka.
“Penemuan ini pasti akan memunculkan kembali minat pada Peninggalan Dixon dan bagaimana mereka boleh memberi penjelasan berkaitan Piramid Besar.”
Sumber- BBC