Penduduk Resah Diganggu Misteri Ketukan Pintu
Ketika orang ramai masih nyenyak tidur dibuai mimpi lena, muncul misteri ketukan yang didakwa mengganggu penduduk di Bertam, Pulau Pinang baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian kamera litar tertutup (CCTV) daripada penduduk mendapati ketukan misteri tersebut berlaku sekitar pukul 4 pagi hingga 5 pagi.
Lebih mencemaskan, ketukan tersebut berlaku kira-kira pukul 4.57 pagi dan serentak dengan penduduk lain berdasarkan rakaman yang tular di media sosial.
Sementara itu, pengguna Threads @azmeerzabidee turut mendakwa rumahnya antara yang diganggu ketukan misteri itu.
“Siapa warga Bertam, Penang kat sini? Semalam ada kena gangguan ketuk pintu tak?
“Rumah aku kena. Pukul 4 pagi. Dia ketuk dua kali, dia berhenti, dua kali ketuk lepastu berhenti. Bila selak langsir tengok tak ada siapa pun, lepastu terus senyap,”kongsinya.
Dalam pada itu, seorang lagi individu mendakwa rumahnya juga diganggu misteri itu berdasarkan pemeriksaan di CCTV.
“Sajalah periksa semula CCTV di rumah pukul 4.57 pagi tadi (semalam). Rupanya memang ada dengar ketuk-ketuk pintu ini,” katanya.
Sumber: Threads @azmeerzabidee