Penduduk bandar Pekalongan di Indonesia gempar dengan air banjir yang dipercayai bertukar menjadi warna merah.
Banjir merah tersebut menenggelamkan kawasan perumahan di Desa Jenggot, Kabupaten Selekna Pekalongan pada Sabtu, lapor Detiknews.
Pemandangan air banjir berwarna merah itu juga membuatkan netizen di sana kecoh.
Namun, tiada apa-apa yang pelik kerana hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis mendapati bahawa air itu bertukar menjadi warna merah kerana dakwat batik yang larut di kawasan banjir itu.
“Banjir merah itu disebabkan oleh dakwat yang datang dari kilang batik,” kata ketua polis Pekalongan Selatan, Kompol Basuki.
Basuki mengatakan bahawa sebelum banjir, pemilik kilang batik di bandar Pekalongan biasanya membungkus dakwat batik dalam plastik.
Oleh kerana bungkusan plastik itu mudah terkoyak, isinya dipercayai telah dihanyutkan ketika banjir melanda.
Polis juga menemui bungkusan plastik yang mengandungi dakwat batik merah.
“Sebelum ini kami juga menemui satu paket dakwat batik yang telah dibasuh.
“Buat masa ini, ia bukan disebabkan oleh faktor yang disengajakan, tetapi dakwat batik itu dihanyutkan oleh banjir,” katanya.
Sumber: Detiknews