JAKARTA – Pusat Kesihatan Daerah Kecil Tebet, Jakarta mengadakan program vaksinasi dengan menghadiahkan minyak masak secara percuma kepada penerima dos penggalak di Masjid Al-Ittihad pada 26 Mac dan 27 Mac 2022.
Timbalan Gabenor DKI Jakarta, Ahamd Riza Patria bagaimanapun mengakui bahawa pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada pihak kerajaan sebelum melaksanakan pemberian hadiah tersebut kepada penerima vaksin dos penggalak.
“Terus terang, sebenarnya tidak ada pihak kerajaan negeri yang menyediakan minyak masak untuk program vaksinasi ini, hanya kami.”
Tetapi dalam hal ini, beliau menganggap pemberian ini adalah satu inisiatif penganjur untuk menarik minat orang ramai untuk mendapatkan dos penggalak.
“Ini hanya inisiatif untuk beberapa tempat tertentu sahaja. Tidak mengapa, ini cara untuk menarik perhatian orang ramai untuk segera mendapatkan suntikan dos penggalak,” memetik kenyataan dari Indo Zone.
Lapor Indo Zone lagi, Pusat Kesihatan akan mengagihkan produk tersebut kepada setiap penduduk yang datang mendapatkan vaksin dos penggalak. Bagaimanapun, stok minyak masak yang disediakan adalah terhad.
Jenis vaksinasi yang disediakan di kawasan itu adalah jenis vaksin Pfizer. Penerima vaksin Covid-19 dikehendaki membawa salinan kad pengenalan sebanyak dua keping bersama peralatan menulis. Penerima dos penggalak hendaklah menunjukkan bukti ‘tiket’ dos penggalak menerusi aplikasi PeduliLindung.
Kuota yang disediakan adalah sebanyak 1,000 orang, termasuklah 600 orang khusus untuk penduduk di Tebet. Manakala, 400 orang yang berstatus bermastautin di Tebet dan luar Tebet melalui aplikasi JAKI.
BACA: Kecoh Pasal Beg Smiggle, Wanita Dedah Harga Beg Sekolah ‘Kayangan’ Di Jepun, Boleh Cecah RM 6,000
Sumber: Indozone