Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), umat Islam di negeri Selangor boleh melakukan Solat Sunat Aidilfitri di rumah masing-masing.
Menurut JAIS, solat sunat hari raya itu boleh dilaksanakan berpandukan takbir dan solat secara langsung yang disiarkan menerusi Facebook Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Gambar: JAISJAIS juga tidak membenarkan penduduknya untuk melakukan Solat Sunat Aidilfitri di masjid atau surau yang ada di negeri itu kecuali tiga pegawai masjid dan surau yang bertugas.
Gambar: JAISBagi mereka yang ingin mendapatkan Teks Penuh Khutbah Khas Aidilfitri, bolehlah dimuat turun dengan melayari laman web yang disediakan ini iaitu https://e-masjid.jais.gov.my/index.php/ekhutbah/khas .
Sumber: JAIS