Hong Kong akan memberikan wang tunai kepada penduduk tetap dewasa bagi membantu meningkatkan perbelanjaan dan meringankan beban kewangan.
Sebagai sebahagian daripada belanjawan tahunan, 10,000 dollar Hong Kong (RM6,000) diumumkan akan diberi kepada kira-kira tujuh juta orang yang berusia 18 tahun.
Bandar ini mempunyai 81 kes yang disahkan dijangkiti COVID-19 dengan dua kematian direkodkan.
“Ekonomi Hong Kong menghadapi cabaran besar tahun ini,” kata Setiausaha Kewangan, Paul Chan pada hari Rabu.
“Selepas pertimbangan yang teliti, saya telah memutuskan untuk membelanjakan HK 10,000 kepada penduduk tetap Hong Kong berumur 18 tahun ke atas dengan tujuan untuk menggalakkan dan meningkatkan penggunaaan tempatan di satu pihak dan melegakan beban kewangan rakyat di pihak yang lain,” kata Chan.
Pemberian individu adalah sebahagian daripada pakej bantuan iaitu sebanyak 120 billion untuk mengurangkan kesan protes dan virus ke atas ekonomi.
Pihak berkuasa juga akan menurunkan sewa perumahan awam dan akan ada rebat cukai gaji dan harta benda.
Hong Kong sebelum ini telah mengumumkan dana bantuan untuk sektor yang telah menderita kerana wabak tersebut termasuk pemberian tunai untuk perniagaan seperti restoran dan operasi perjalanan.
Ekonomi wilayah tersebut sebelum ini mengalami kerusuhan politik yang telah menyaksikan aktivis pro-demokrasi dalam pertempuran yang ganas dengan pihak polis.
Dalam beberapa minggu yang lalu, ancaman koronavirus yang tersebar dari tanah besar telah memperlahankan aktiviti awam dan sektor pelancongan juga menghadapi tamparan yang hebat.
Sumber: BBC