Penduduk Di China Gempar, Dakwa ‘Piring Terbang’ Bewarna Pink Muncul Di Langit

Fazidi

Satu rakaman aneh cahaya bewarna pink, yang didakwa sebagai UFO muncul di langit Qinghai, Dataran Tinggi Tibet, China tular di media sosial baru-baru ini.

Penduduk tempatan di kawasan lokasi rakaman berkenaan mendakwa, cahaya berkenaan muncul kira-kira 12 jam selepas kejadian hujan meteor yang menuju ke Kota Yushu, selatan Delingha.

Dalam rakaman berkenaan, cahaya tersebut seolah-olah sedang terapung dan dapat dilihat dengan jelas oleh orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian.

Ia dilihat bersinar dalam bentuk sfera dan cahayanya boleh dilihat daripada segenap penjuru. Ada juga yang mendakwa cahaya tersebut menyerupai bentuk bulan atau seperti kumpulan awan.

Cahaya itu dikatakan kekal dalam formasi berkenaan untuk tempoh sekitar 35-40 minit sebelum hilang.

Spekulasi yang timbul mendakwa cahaya berkenaan mungkin dipancarkan daripada bolide atau cahaya meteor yang sangat terang, namun kenyataan tersebut tidak dapat disahihkan.

Sumber: Daily Star