Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan terbaharu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tersebar bahawa beliau akan keluar daripada UMNO.
Ahli Parlimen Sembrong itu turut menegaskan, pendirian yang dipegangnya sejak dahulu tetap konsisten dan kesetiaannya kepada parti masih sama sehingga ke hari ini.
”Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya saya akan keluar parti – jangan sesekali percaya spekulasi yang disebar sesetengah pihak di luar sana.
“Pendirian saya konsisten sejak dahulu lagi. Dan hari ini saya ulang sekali lagi, kesetiaan saya tidak berbelah bahagi.
“Saya tetap bersama UMNO dan Barisan Nasional,” katanya di Twitter.
Sebelum ini, khabar angin yang sama mendakwa beliau akan melompat parti turut timbul dan menjadi spekulasi ramai.
Namun, Hishammuddin menafikan dan mengatakan ianya hanya cakap-cakap kosong daripada pihak tertentu dengan niat untuk melagakan-lagakan pemimpin.
Sumber: Hishammuddin Hussein