Gunung Kinabalu akan dibuka semula untuk pendakian bermula 5 Mac ini dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat termasuk pendaki dikehendaki menjalani ujian swab Covid-19, tiga hari sebelum tarikh pendakian.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sabah Park, hanya pendaki dengan keputusan negatif dibenarkan untuk mendaki. Manakala, individu yang telah mendapat vaksin dikecualikan bagi menjalani ujian saringan Covid-19.
Pendakian secara ‘walk-in’ dibenarkan dengan syarat pendaki mengemukan keputusan ujian swab negatif di mana kos keseluruhan ditanggung sepenuhnya oleh pendaki.





Sumber: Sabah Parks