Orang ramai yang ingin menempah vaksin AstraZeneca sudah boleh mula melakukannya pada jam 12 tengah hari ini apabila permohonan untuk vaksin itu dibuka secara rasmi.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi Twitter sebentar tadi memaklumkan bahawa anda boleh memilih satu tarikh dan satu Pusat Pemberian Vaksin (PPVV) nanti. Tempahan boleh dibuat DISINI.
Anda juga diingatkan untuk melengkapkan maklumat diri dengan maklumat tepat sebelum membuat tempahan.
Sementara itu, tempahan vaksin AstraZeneca ini hanya terbuka untuk individu yang berusia 18 tahun ke atas dan menetap di Kuala Lumpur atau Selangor sahaja.
Sumber: JKJAVMY