Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi 2027
Kredit: Bernama

Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi 2027 Dibuka Bermula 15 Februari Ini

Iqbal Yasir

Pendaftaran Murid Tahun 1 Bagi 2027 Dibuka Bermula 15 Februari Ini

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Tahun 2027 akan dilaksanakan secara dalam talian bermula 15 Februari hingga 31 Mac 2026.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendaftaran adalah adalah terbuka kepada kanak-kanak warganegara Malaysia kohort enam tahun (5+) yang lahir pada 2 Januari hingga 31 Disember 2021 dan tujuh tahun (6+) yang lahir  2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021.

Pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) di https://idme.moe.gov.my.

"Keputusan ini selaras dengan keputusan Kerajaan yang membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun (5+) memasuki Tahun 1 bermula pada 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan.

"Ibu bapa dan penjaga disarankan untuk mendaftar akaun di Sistem Pengurusan IDentiti (idMe), mengemas kini maklumat peribadi dan mengemukakan permohonan menerusi MOEIS mengikut tempoh yang ditetapkan bagi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar.

"Maklumat lanjut berkaitan perkara ini boleh dirujuk menerusi laman portal rasmi KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," maklum kenyataan itu.

Jelas KPM, inisiatif ini untuk menggalakkan kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun (5+) ke Tahun 1 adalah langkah progresif Kerajaan MADANI bagi memastikan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak serta pada masa sama memastikan mereka tidak ketinggalan dalam pendidikan.

Sumber:KPM