
Pencuri Tertangkap, Gara-gara Leka Baca Buku Dalam Rumah Mangsanya
Seorang pencuri ditangkap ketika sedang leka membaca buku yang tentang motologi Yunani yang ditemui dalam sebuah rumah yang dicerobohnya.
Menurut BBC, suspek yang berusia 38 tahun itu dipercayai memecah masuk ke rumah berkenaan melalui balkoni. Dia kemudiannya dikatakan melihat sebuah buku dan tertarik dengan kandungan buku berkenaan.
Ketika kejadian, buku tersebut yang berjudul The Gods at Six O’Clock diletakkan di atas meja kecil di sebelah katil dalam rumah itu.
Pemilik rumah, seorang warga emas berusia 78 tahun memberitahu, dia terjaga selepas mendengar bunyi bising dan melihat pencuri berkenaan leka membaca buku tersebut.
Pencuri tertangkap, gara-gara leka baca buku ditemui dalam rumah mangsanya
Suspek kemudian bertindak melarikan diri menerusi tingkap, namun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa tidak lama kemudian.
Ketika dalam tahanan polis, pencuri berkenaan mendakwa memecah masuh rumah tersebut untuk menemui seseorang yang dikenalinya.
Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut ke atas beg galas miliknya yang dirampas menemui beberapa barang yang dipercayai dicuri daripada rumah berbeza.
Berita berkenaan kejadian itu seterusnya menjadi tular di media sosial dan menarik perhatian penulis buku tersebut, Giovanni Nucci.
Menurut Giovanni, The Gods at Six O’Clock adalah sebuah buku yang menjelaskan tentang Homer’s Iliad.
Tambahnya, dia berminat untuk menghantar salinan buku tersebut kepada pencuri berkenaan supaya dia dapat menghabiskan bacaannya ketika menjalani hukumannya nanti.
BACA: Mamat Sepah Terima Tawaran Shuib, Kini Hos Dol’s Podcast
Sumber: BBC