KUALA LUMPUR, 11 Nov – Premis yang disyaki melakukan pembuangan efluen secara tidak sah ke lurang kumbahan yang menyebabkan pencemaran di Loji Rawatan Kumbahan (LRK) IWK Taman Volex, Rawang telah disita.
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan berkata, siasatan mendapati sisa daripada premis tersebut didapati menghasilkan bau yang sama dikesan di LRK dan Loji Rawatan Air (LRA) yang dihenti tugas tersebut.
“LUAS akan mengeluarkan Surat Arahan Perintah Perlindungan Air di bawah Seksyen 122 Enakmen LUAS 1999 kepada premis yang disyaki berkenaan risiko dan ancaman kepada kualiti sumber air, serta diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan segera di tapak.
Kredit gambar: LUAS“(Dalam masa sama) LUAS akan mengeluarkan Surat Arahan kepada IWK di bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 bagi tindakan penutupan aliran dan pembersihan serta-merta di LRK,” kata kenyataan tersebut hari ini.
Sebelum itu, tindakan penguatkuasaan bersepadu melibatkan pelbagai agensi iaitu LUAS, IPD Gombak, JAS, SPAN, MPS, PDT Gombak dan Air Selangor dijalankan pada lewat malam semalam sebelum premis tersebut ditemui dan disita oleh MPS.
Susulan itu, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pencemaran berlaku lagi di Sungai Selangor.
Berikut di bawah ialah lampiran foto-foto semasa tindakan penguatkuasaan bersepadu dijalankan:-
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUAS
Kredit gambar: LUASSumber:
Lembaga Pengurusan Air Selangor