Pemuda lamar gadis menggunakan papan iklan di pinggir jalan raya curi perhatian orang ramai di Indonesia.
Papan iklan di pinggir-pinggir jalan terutama di kawasan-kawasan lebuh raya yang menjadi jalan utama digunakan ramai orang, lebih-lebih lagi ketika musim raya untuk pulang ke kampung.
Umumnya, papan tersebut digunakan untuk memaparkan iklan bagi mempromosi produk-produk jualan sama ada dalam mahupun luar negara.
Namun, lain pula papan iklan dari negara jiran, Indonesia yang menarik perhatian orang ramai kerana ia bukan mengandungi iklan daripada sebarang produk, tapi sebuah lamaran.
Papan iklan di Jalan Pemuda Tengah, Jawa Tengah, Indonesia itu mencuri perhatian bukan kerana kandungan iklan, tetapi lamaran perkahwinan oleh seorang lelaki kepada seorang wanita yang mungkin teman wanitanya.
Memetik Indo Zone, papan iklan yang berlatar belakang warna biru laut itu disertakan dengan tulisan “Maya Eka Wijayanti, awak nak jadi isteri saya?”.
Di sebelah tulisan itu juga, jelas terpampang gambar seorang gadis dengan rambut panjang bersama ‘seukir’ senyuman.
Menurut seorang pertugas parkir, papan iklan yang mengandungi lamaran pernikahan itu telah terpasang sejak seminggu yang lalu sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Papan iklan berukuran besar tersebut menjadi perhatian penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan tersebut ketika lampu isyarat bertukar merah, menerusi tinjauan Indo Zone.
Gambar via Indo ZoneBACA JUGA: Serius Nak Tamat Zaman Bujang, Lelaki Cari Jodoh Guna Papan Iklan Gergasi
Terdahulu, seorang lelaki di London juga turut dilaporkan mencari jodoh dengan cara iklankan diri di papan iklan gergasi di sebuah stesen kereta api bawah tanah, merujuk Oddity Central.
Menurut laporan, iklan tersebut diletakkan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di Oxford Circus, London.
Menerusi iklan yang dipamerkan, kelihatan imej seorang lelaki berpakaian sut merah jambu dengan kapsyen bahawa dia sedang mencari calon isteri yang sesuai.
Lelaki diberi nama A (bukan nama sebenar) yang berusia 31 tahun itu menegaskan bahawa dia serius dalam mencari jodoh untuk dirinya sendiri.
Malah, menerusi papan iklan itu turut dinyatakan laman web ‘FindAawife.com’ iaitu satu laman untuk memudahkan orang ramai mencarikan calon isteri untuknya.
Sumber: Indo Zone