Gambar via Daily Star

Peminat Fanatik Marvel ‘Perhabis’ RM200K Ubah Wajah Jadi ‘Red Skull’

Zahirah

Seorang pelukis tatu yang juga peminat fanatik komik Marvel telah mengahbiskan hampir RM200,000 untuk mengubah wajahnya kepada wajah Red Skull, iaitu salah satu watak jahat di dalam komik tersebut.

Lelaki tersebut telah melakukan perubahan yang ekstrem untuk kelihatan seperti penjahat Marvel tersebut sehingga dia membuang hidungnya dan menambah tanduk ke dalam kepalanya.

Gambar via Daily Star

Henry Rodriguez, yang juga seorang pelukis tatu telah melukis mukanya untuk kelihatan seperti watak fiksi penjahat Nazi daripada siri komik Marvel, Kapten Amerika tersebut.

Watak Red Skull membuat kemunculan pertamanya pada tahun 1947 sebagai agen Nazi yakni musuh kepada hero Marvel, Kapten Amerika tersebut.

Gambar via Daily Star

Henry turut menyatakan bahawa dia merasakan yang dirinya dan Red Skull mempunyai persamaan dari segi personaliti dan sikap.

Menurut pakar bedah Henry, dia telah melalui beberapa ujian fizikal dan psikologikal sebelum dia meneruskan pembedahan yang ingin dia lakukan.

Secara kasar, pembedahan dan perubahan tersebut mengambil masa selama 130 jam untuk memberikan hasil yang lengkap seperti sekarang.

Sementara itu, Henry membuat keputusan untuk mengubah rupanya secara keseluruhan telah dibuat pada tahun 2021.

Sumber: Daily Star