Seorang peminat cilik kelab bola sepak Manchester United membuat tawaran kepada pengurus Liverpool, Jurgen Klopp untuk menghentikan kelab itu daripada memenangi gelaran juara liga.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Daragh Curley dari Donegal itu menulis surat kepada pengendali Reds bagi tujuan tugasan sekolahnya.
Di dalam suratnya, pelajar sekolah berusia 10 tahun itu meminta jika mungkin Liverpool boleh kalah dalam beberapa perlawanan sehingga mereka tidak akan menjuarai liga tersebut.
“Liverpool memenangi terlalu banyak perlawanan. Jika anda memenangi sembilan lagi perlawanan, maka anda mempunyai ‘larian’ yang tidak akan dapat dikalahkan dalam bola sepak Inggeris. Menjadi seorang peminat United sangat menyedihkan.
“Jadi apabila Liverpool bermain lagi selepas ini, tolong buatkan mereka kalah. Awak patut benarkan kelab lain untuk jaringkan gol dalam perlawanan nanti. Saya harap saya telah meyakinkan anda untuk tidak memenangi liga tersebut atau perlawanan lain lagi selepas ini,” kata Daragh di dalam surat tersebut.
Tanpa disangka, Klopp membalas surat tersebut dengan memuji semangat Daragh namun menjelaskan bahawa Liverpool tidak akan menghilangkan mata perlawanan semata-mata bagi pihaknya.
Kredit Foto: BBC“Malangnya, di kesempatan ini, saya tidak dapat menunaikan permintaan anda, bukan melalui pilihan.
“Sebagaimana anda menginginkan kekalahan berpihak kepada Liverpool, ia adalah tugas saya untuk melakukan segalanya bagi membantu kelab itu untuk menang kerana jutaan orang di seluruh dunia yang mahukannya berlaku, jadi saya tidak mahu mengecewakan mereka.
Gambar hiasan via Google“Dulu, kami telah pun kalah dan kami akan kalah lagi dalam perlawanan akan datang kerana ia merupakan bola sepak,” kata Klopp.
Tambahnya lagi, Manchester United sangat bertuah kerana mempunyai peminat seperti Daragh dan memuji semangatnya kepada bola sepak serta kelabnya.
Sumber: BBC.com