Negara kini sedang berduka atas pemergian ibu bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah petang tadi.
Najib, selaku anak kandungnya sendiri menzahirkan rasa sedih yang tidak terungkap, tulisannya di Facebook hari ini ditulis dengan penuh hiba.

Difahamkan jenazah Tun Rahah telah selamat tiba di rumahnya dan dijangka akan dikebumikan esok hari.
Berita duka tersebut turut diratapi oleh beberapa pemimpin politik negara ini, antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa yang lain.

Ucapan takziah daripada Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ucapan takziah daripada ketua pembangkang merangkap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ucapan takziah daripada Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Lim Guan Eng.

Ucapan takziah daripada Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.

Walaupun berbeza fahaman politik, namun pemergian Allahyarhamah Tun Rahah ini ‘menyatukan’ mereka atas nama ihsan dan kemanusiaan.
Sama-sama kita mendoakan agar Allahyarhamah Tun Rahah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Al-Fatihah.
Sumber: Facebook