pemimpin parti politik Datuk palsu
Gambar: Bernama

Pemimpin Parti Politik Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu Sedang Disiasat Polis

Syed Faisal Sayed Muhammad

Pemimpin Parti Politik Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu Sedang Disiasat Polis

Polis dilaporkan sedang menyiasat seorang pemimpin bahagian sebuah parti politik yang didakwa menggunakan gelaran Datuk palsu untuk tujuan perniagaan dan peribadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan lengkap berhubung dakwaan itu sedang giat dijalankan.

“Ya, memang ada, ia masih dalam siasatan dan ada arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan pencerahan selanjutnya,” kata Mohamad Farouk.

Sebelum ini, sebuah portal tempatan telah mendedahkan berkenaan pemimpin politik tersebut.

Individu terbabit didakwa menggunakan gelaran Darjah Kebesaran Istana Pahang palsu bagi kepentingan peribadi dan perniagaannya.

Susulan pendedahan itu, wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Ampang, Mohammad Afiq Tahar kemudiannya telah membuat satu laporan polis. .

Laporan polis yang dibuat pada 7 Mac lalu dibuat kerana wujud unsur-unsur penipuan oleh individu terbabit.

Menurut Mohammad Afiq, pihaknya telah menerima surat semakan status bagi penerima Darjah Kebesaran Negeri Pahang.

Surat semakan tersebut diterima daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Surat itu kemudiannya telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Selangor pada 23 Mac yang lalu.

Menerusi surat semakan tersebut, ia dengan jelas telah mengesahkan bahawa individu berkenaan tidak dikurniakan sebarang pingat Darjah Kebesaran oleh Istana Pahang.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Dalam laporan berasingan, MKT UMNO dilaporkan bakal memohon kepada Yang Dipertuan Agong untuk memberi pengampunan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Memetik Astro Awani, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pertimbangan itu dibuat selaras dengan kuasa yang dimiliki Seri Paduka Baginda.

Kuasa yang termaktub di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Rayuan pengampunan itu dibuat selepas keputusan Mahkamah Persekutan baru-baru ini menolak permohonan yang dikemukakan oleh Najib Razak.

Rayuan untuk menyemak semula sabitan kes dan hukuman penjara yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Sabitan kes tersebut dibuat berhubung dengan kes dana SRC yang membabitkan dirinya.

Sumber: Sinar Harian