Pemimpin Afrika Selatan Selit Lagu John Cena Ketika Berucap, Nak Naikkan Semangat Penyokong
Tular sebuah video di Twitter yang menunjukkan seorang ahli politik Afrika Selatan memberikan ucapannya sambil diiringi lagu tema ahli gusti terkenal John Cena, lapor Republicworld.
Berdasarkan perkongsian video tersebut, pemimpin Afrika Selatan yang bernama Julius Malema dilihat sedang menyampaikan ucapannya sempena ulang tahun ke-10 Pejuang Kebebasan Ekonomi.
Ucapan penuh semangat pemimpin itu diiringi dengan lagu tema terkenal John Cena sewaktu beliau aktif terlibat dalam perlawanan gusti.
Orang ramai yang hadir pada majlis itu turut dilihat bersorak dengan semangat sewaktu pentas mula dinaikkan perlahan-lahan.
Malema tidak berhenti di situ sahaja, sebaliknya dia turut meniru aksi ikonik Cena yang terkenal sewaktu masih aktif dalam penglibatan WWE.
Video perkongsian itu menjadi tular di media sosial kerana populariti Cena yang semakin menyerlah selepas terlibat dalam dunia lakonan.
Walaupun Cena tidak pernah menjejakkan kakinya di Afrika, tetapi auranya yang luar biasa telah menular sehingga orang ramai mengingati muzik tema ikoniknya.
John Cena bukan sahaja popular dalam dunia WWE, beliau kini telah memiliki peminat yang ramai di seluruh dunia.
Lelaki berusia 46 tahun itu telah menukar profesionnya dari dunia gusti ke dunia hiburan selepas kerjaya cemerlangnya dalam WWE.
Cena merupakan ikon yang sangat popular di kalangan semua peringkat umur peminatnya di seluruh dunia.
Muzik tema ikoniknya “My Time Is Now” telah mendapat sambutan hangat dan kini telah menjadi tajuk utama atas sebab yang unik.
BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma
Wakil Rakyat Menggelabah, Seluar Terlondeh Ketika Sedang Berucap Depan Orang Ramai
Seorang wakil rakyat di Mexico terpaksa menanggung malu selepas seluarnya terlondeh ketika hendak bersedia untuk berucap di depan orang ramai, lapor Mirror.
Javier Borrego, wakil rakyat untuk parti Morena berhaluan kiri di Mexico itu dikatakan sedang bercakap pada satu acara di Saltillo pada 16 Julai lalu.
Beliau diberikan kesempatan untuk berucap bagi melancarkan Projek Nasional 2024-2030 parti itu menjelang pilihan raya umum tahun depan.
Ketika sesi itu, seluarnya tiba-tiba terlondeh dan membuatkan mukanya merah menahan malu.
Sumber: Republicworld