Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Geran Khas Prihatin (GKP) 3.0 akan diberikan kepada usahawan PKS yang layak untuk menerima bantuan one-off sebanyak RM1,000.
Menurutnya, kerajaan akan memberikan sokongan bagi memastikan usahawan PKS tempatan mendapat bantuan untuk beroperasi semula.
Permohonan bagi GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April bagi PKS yang tidak menerima GKP sebelum ini.
