Beberapa minit lalu, KKM melalui akaun Twitter rasmi mereka memuat naik kiriman maklumat dan kemaskini terbaru kematian akibat Covid-19.
Menerusi kenyataan tersebut, kes kematian ke 35 (pesakit 1,952) merupakan seorang wanita warga tempatan berumur 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.
Terbaru, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba melalui Facebook rasmi miliknya berkongsi sedikit maklumat berkaitan mangsa terbaru virus ini. Menurutnya, mangsa merupakan seorang Pembantu Tadbir, Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sumber: Facebook Dr. Adham Baba