Kredit : India Times

Pemburu Harta Karun Percaya Mereka Berjaya Temui Timbunan Harta Karun Bernilai Lebih RM83 Bilion

Fathin Nadzira

Sekumpulan pemburu harta karun di Finland berpendapat mereka menjumpai harta karun bernilai $20B (RM 83, 430,000,000) apabila berjaya ‘mencungkil’ timbunan harta karun tersebut, lapor India Times.

Menurut The Sun, pasukan itu yang dikenali sebagai ‘Temple Twelve’ dipercayai telah melakukan pencarian di Finland untuk “Lemminkainen Hoard”, yang terdiri daripada emas, pertama dan artifak sejak 1987.

Berdasarkan laporan, jika harta itu ditemui, nilai dipercayai melebihi $20 bilion (RM 83,430,000,000) dan menjadikannya penemuan paling berharga yang pernah ditemui.

Kredit : India Times

Menurut penyelidik dan ahli sejarah, simpanan itu dikatakan mengandungi lebih daripada 50, 000 permata seperti berlian, nilam dan artifak purba.

Selepas 34 tahun bekerja. Temple Twelve percaya bahawa mereka hanya tinggal beberapa bulan sahaja untuk menjayakan misi mereka. Akan tetapi, mereka perlu mengharungi musim sejuk yang panjang sebelum mereka dapat mengakses gua yang dipenuhi air hujan beku setiap tahun.

Memetik daripada laporan, ahli kumpulan itu dikatakan telah mengembara dari seluruh dunia, termasuk Rusia, Australia, Amerika Syarikat, Sweden, Norway, Jerman dan Belanda untuk menyertai pemburuan tersebut.

Kredit : India Times

Menurut pihak berkuasa, Carl Borgen, beliau telah memperincikan kehidupan pumburu dan harta karun dalam bukunya iaitu Temporarly Insane.

Kewujudan harta itu pada mulanya diakui pada tahun 1984 apabila pemilik tanah Ior Bock mendakwa keluarganya berasal dari keturunan Lemminkäinen yang muncul dalam mitologi pagan Finland.

Bock mendakwa bilik di ladangnya telah dimeterai dengan kepingan batu pada abad ke-10 untuk melindungi khazanah daripada penceroboh.

Hanya tiga tahun kemudian, seramai 24 orang bergabung tenaga dengan Bock untuk mencari harta karun itu. Kini, hanya dua ahli pasukan yang kekal dan selebihnya telah meninggal dunia atau bersara.

Sumber : India Times