Seorang pemburu fosil telah menimbulkan perasaan marah dalam kalangan saintis berikutan tindakannya meletakkan fosil jarang dijumpai iaitu tulang anak T-rex di dalam pasaran. Kemarahan ini timbul kerana para saintis berpendapat bahawa fosil tersebut tidak patut dijual kerana boleh terus dikaji bagi mendapatkan penemuan baru. Fosil yang dipasarkan di dalam eBay dengan jumlah $2.95 juta (RM12.2juta) bertujuan untuk menarik minat pengumpul koleksi barangan lama. Posting jualan bagi fosil berkenaan dibuat menggunakan akaun “pirategoldcoin”.
T-rex tersebut dipercayai mempunyai ketinggian 15 kaki dengan 21-inci tengkorak dan 21 batang gigi di bawah rahangnya. Haiwan purba ini juga dianggap sebagai pemakan daging yang sangat berbahaya.
Individu yang memiliki rangka fosil telah menjumpai fosil tersebut pada tahun 2013 di tanah persendirian Montana. Rangka yang berusia 68 juta tahun itu mula dipamerkan di Muzium Sejarah Alam Universiti Kansas pada tahun 2017 sebelum individu tersebut mengambil keputusan untuk meletakkan fosil tersebut di pasaran untuk dilelong.
Persatuan Vertebrate Paleontology (SVP) telah mengkritikan tindakan pemburu fosil tersebut untuk melelong fosil tersebut. Tindakannya itu dianggap tidak berperikemanusian kerana tidak menghormati alam. Pihak SVP mengemukakan surat terbuka yang diterbitkan minggu lalu mengatakan tindakan lelongan fosil tersebut amatlah dikesali
“Hanya replika fosil sahaja yang boleh dipasarkan bukannya fosil asli. Fosil penting seperti anak T-Rex ini merupakan petunjuk kepada warisan alam dan ia selayaknya diamanahkan kepada badan berwajib”
Sumber: elitereader