YUNNAN, 26 Jan – Pembinaan terowong Xishuangbanna bagi landasan kereta api China-Laos yang mengambil masa 1,600 hari, siap sepenuhnya hari ini (Selasa).
Setakat ini, dilaporkan sebanyak 90 daripada 93 terowong bahagian domestik sudah siap.
Terletak di bandar Jinghong, wilayah Yunnan China, pembinaan terowong Xishuangbanna sepanjang 10.7 kilometer itu cukup mencabar berikutan bentuk muka bumi yang rumit, termasuk zon rekahan sungai Lancang, batu kerakal dan keadaan air bawah tanah.
Selain itu, stratum terowong Xishuangbanna juga melintasi lapisan bumi bersuhu tinggi yang mencecah sehingga 40 darjah Celsius.
Kini, 97 peratus daripada keseluruhan projek pembinaan bahagian domestik landasan kereta api China-Laos sudah diselesaikan.
Landasan sepanjang lebih 1,000 kilometer itu dijangka beroperasi menjelang hujung tahun ini.
Sebaik beroperasi nanti, penumpang boleh berlepas dari Kunming, ibu kota wilayah Yunnan pada pagi dan tiba di Vientiane, Laos pada petang.
— BERNAMA