Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu perkongsian di Twitter rasminya memaklumkan bahawa permohonan i-Sinar yang diluluskan pada Januari 2021, bayaran akan diawalkan kepada minggu akhir bulan Februari.
Menurut KWSP, pembayaran yang diawalkan ini bertujuan untuk melancarkan transaksi bayaran i-sinar yang akan dibuat mulai 8 Mac ini.
Tambahan lagi, pembayaran i-Sinar yang seterusnya akan dibuat pada bulan April ini.
Sumber: @KWSPMalaysia