
Pembantu Rumah Ditahan, Campak Perabot Dari Tingkat 20
Seorang pembantu rumah di Singapura ditahan selepas didakwa membuang barangan rumah dari tingkat 20 sebuah flat, lapor Mothership.
Wanita berusia 34 tahun itu dilaporkan mengurung diri di dalam bilik dan mula mencampakkan pelbagai barangan termasuk perabot dan pakaian ke luar tingkap pada awal pagi.
Insiden itu berlaku di Blok 52 Commonwealth Drive kira-kira jam 4 pagi pada 3 November lalu.
Pemilik rumah memberitahu Shin Min Daily News bahawa dia tinggal di unit tersebut bersama ibu saudaranya yang berusia 76 tahun serta pembantunya.
Menurut pemilik rumah itu, tugas pembantu itu adalah menjaga wanita tua yang menghidap demensia.
Katanya, pembantu itu mula menjerit dan membuang barang keluar dari flat itu selepas mengurung diri di dalam biliknya.
Bimbang keadaan semakin tidak terkawal, beliau kemudian bertindak mengubungi polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Pembantu itu membuka pintu sewaktu polis tiba dan dia bertanya kepada polis kenapa dia ditahan ketika dibawa pergi.
Pemilik rumah berkongsi bahawa dia tidak pernah mengalami masalah yang besar sebelum ini dengan pembantunya itu.
Malah dia juga mengakui bahawa menjaga seseorang yang mengalami demensia bukanlah suatu perkara yang mudah.
Dalam pada itu, SCDF berkata bahawa mereka menerima panggilan untuk operasi itu pada 5.15 pagi dan menghantar wanita itu ke Hospital Universiti Nasional (NUH).
Selain itu, polis turut mengesahkan bahawa wanita itu kemudiannya telah ditahan oleh mereka.
Susut berat badan lebih 30 kilogram (kg) akibat kekurangan zat makanan, seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa dirinya diseksa oleh majikannya tanpa rasa simpati, lapor AWANI.
Difahamkan, wanita terbabit turut melaporkan bahawa dia pernah disimbah dengan air panas sehingga melecur pada badan sejak mula berkhidmat pada tiga tahun lalu.
Menurut laporan AWANI, mangsa mula berkerja sebagai pembantu rumah sejak 2019 dan beratnya ketika itu adalah 78 kilogram, menurut kenyataan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono.
“Ini bermakna mangsa menderita akibat kekurangan zat makanan akut,” maklumnya sewaktu dihubungi oleh pihak AWANI Isnin lalu.
BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis
Sumber: Mothership