Pemandu treler yang membawa muatan yang dilaporkan melanggar perancah besi pembinaan lebuhraya SUKE semalam disahkan positif dadah.
Perkara itu disahkan melalui ciapan di laman Twitter Bernama yang memetik kenyataan daripada pihak polis.
Susulan daripada itu, dua mangsa dilaporkan maut manakala tiga lagi cedera parah setelah van yang dinaiki mereka dihempap sebahagian struktur binaan jejambat yang runtuh dalam kejadian di Desa Tun Razak petang semalam.
Kesemua mangsa dilaporkan warga tempatan dan berusia dalam lingkungan 30 hingga 45 tahun.
Mangsa yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut.